Enjoy World Through Your Khaki

MALAYSIA

Ar Rahman Pulau Gajah Mosque

Masjid Ar-Rahman in Pulau Gajah, Sabak, near here, has become a new tourist attraction due to its unique architecture. It’s located in village of kampung Pulau Gajah, near to kemumin. This masjid not too far from Sultan Ismail Petra Airport around 20 minutes.
Read Articel
Masjid unik yang penuh keseniaan Melayu dan seni bina Islam turut menerapkan gabungan hiasan dalaman dari Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki. Setiap sudut masjid ini diukir dengan keseniaan bercirikan seni bina Melayu. Keseluruhan masjid ini dibina dengan kayu jati dan cengal. Dikatakan masjid ini menyerupai binaan masjid Kampung Laut dan masjid Sunan Ampel di Tanah Jawa. Kedudukan masjid ini terletak jauh sedikit ke dalam Kampung Pulau Gajah, Sabak Pengkalan Chepa Kelantan. Perjalanan menuju ke masjid ini dihiasi dengan pemandangan kampung yang aman damai dengan deretan bot-bot nelayan yang dihiasi cantik di sepanjang muara sungai. Masjid yang seakan-akan terletak diatas sebuah pulau merupakan garapan idea daripada pemiliknya iaitu Dato Wan Mohamad Ariff yang merupakan anak jati Kelantan. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja 6 juta ringgit.

Information

Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan